UTAMA

SELAMAT DATANG KE TONEWOW-MY



PENGENALAN TONE WOW.

TONE WOW adalah dibawah program Tone Group.

Tone Group telah berada kukuh di pasaran Malaysia sejak tahun 2009.

Setelah memperkenalkan program affiliate Tone Excel dan Tune Plus, kini Tone Group telah melancarkan satu lagi program simkad terbaru mereka TONE WOW.

TONE WOW telah dilancarkan pada 15 Oktober 2018.

Ramai rakyat Malaysia terutama yang sedang tercari-cari peluang perniagaan menyambut baik kemunculannya. Ia disebabkan modal untuk memulakan bisnes TONE WOW ini terlalu rendah.



APAKAH SIMKAD TONE WOW?

Simkad TONE WOW merupakan simkad prabayar yang menggunakan rangkaian Digi. Liputan dan rangkaian sama seperti Digi. Ia meliputi hampir semua kawasan berpenduduk di Malaysia, termasuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Apa Perlunya Simkad TONE WOW Jika Telah Ada Perkhidmatan Dari Digi?

Anda tentu bertanya apa perlunya dan kenapa orang berebut-rebut mendaftarkan simkad TONE WOW sedangkan perkhidmatan ini telah sedia ditawarkan oleh Digi. Bukankah kedua-duanya mempunyai liputan yang sama dan kemudahan yang hampir sama?

Memang benar TONE WOW menggunakan kemudahan rangkaian Digi, namun kedua-duanya mempunyai strategi pemasaran perniagaan yang berbeza.

Strategi pemasaran perniagaan Digi ialah mereka melakukan promosi pengiklanan secara komersial di media arus perdana dan memperuntukkan kos yang besar untuk tujuan tersebut. Mereka juga membayar komisen topup kepada rakan niaga yang menyediakan perkhidmatan topup prabayar.

Strategi perniagaan TONE WOW pula adalah berbeza. Mereka menggunakan kuasa pengiklanan daripada ahli seperti saya dan anda untuk mendaftarkan ahli baru ke dalam rangkaian. TONE WOW tidak membayar kepada pengiklanan komersial, tetapi membayar kepada ahli yang mendaftarkan ahli baharu dalam bentuk komisen jualan simkad, komisen pendaftaran dan komisen topup.

Komisen topup akan dibayar oleh Syarikat setiap kali ahli yang kita daftarkan membuat topup atau tambah nilai prabayar. Ia merupakan satu bentuk pendapatan pasif kepada anda kerana anda mendaftarkan ahli baharu hanya sekali tetapi memperolehi pendapatan setiap kali mereka topup. Inilah yang dinamakan pendapatan pasif, hanya tunggu duit masuk setiap bulan.

Peluang ini terbuka kepada semua pengguna TONE WOW. Sebab itulah kami ingin mendaftarkan anda sebagai pengguna, ianya bertujuan untuk membantu anda menambah pendapatan. Anda hanya perlu guna simkad anda seperti biasa. Untuk mendapatkan pendapatan pasif anda hanya perlu mendaftarkan ahli baharu dan anda akan menikmati pendapatan pasif yang semakin bertambah setiap bulan.
Ianya tanpa modal!




Secara jujurnya, pernahkah anda buat kira-kira perbelanjaan bulanan anda?

Disini saya ingin tunjuk contoh anggaran kos hidup yang diambil daripada rancangan
TV3 "Wanita Hari Ini".